Friday, 11 May 2012

7 jurus menghilangkan kecemasan dan memulai hidup baru

I. Temukan diri dan kepribadianmu sendiri
Pribadi seseorang tidak akan pernah sama satu dengan yang lainnya. Bahkan untuk orang yang memiliki ikatan / hubungan darah sekalipun.
Masalah yang sering muncul dari keengannan seseorang menajdi diri sendirimerukapakn sebab timbulnya berbagai penyakit syaraf,penyakit jiwa,dan perasaan perasaan aneh lainnya.
Dalam sebuah wawancara dengan paul boytoon seorang direktur bidang ketenaga kerjaan, sebuah pertanyaan :
“ kesalahan yang paling besar apa yang sering dilakukan oleh para pelamar kerja ? "
dan tenyarat kesalahan yang paing besar pelamar kerja adalah mereka tidak berpegang teguh pada diri sendiri, mereka jarang berterus terang, sebaliknya mereka memberikan jawaban yang

Menjadi diri sendiri tidaklah gampang, apalagi kalau kita merasa aa kemurangan dlam diri yang sangat menonjol. Seringkali kita berusaha untuk menyembunyikan kekurangan it dengan segala cara, namun tanpa kira sadari dengan berusaha menutupi kekurangan itu akan semakin membuat orang lain lebih memperhatikan kekurangan kita dibandingkan dengan kelebihan kita.
Dengan kemampuan yang kita miliki janganlah kita merasa cemas, karena setiap dari kita memiliki sesuatu yang lebih, karena tidak ada orang lain yang sama seperti kita, begitupun sebaliknya.
Sejak awal mula kehidupan tidak seorangpun persis dengan kamu, waktu yang akan datangpun tidak ada seorang manusiapun bisa persis dengan dirimu.

II. Hindari kelelahan dan kecemasan
capek seringkali menghinggapi kita, setelah seharian bekerja. Mulai sekarang katakan say no to capek dech....
perhatikan kebiasaan yang positif dalam beraktivitas :
1.bersihkan meja tulisdari semua bentuk kertas.
Karena dengan banykanya kertas di atas meja kita akan mendorong adanya perasaan keharusan dan rasa tanggaung jawab. Dan perasaan adanya rangkaian tanpa peghabisan yang harus dialkukan .
Membersihakan meja tulis membantu menyadarkan kita untuk menghindari tekanan berat / perasaan keharusan dan perasaan adanya rangkaian masalah tanpa penghabisan yang harus dikerjakan.
2.Kerjakan aktivitasmu menurut urutan kepentingan
berusaha dan mulai belajar memisahkan kepentingan yang lebih utama yang harus dikerjakan terlebih dahulu.
3.Selesaikan permasalahan yang di hadapi.
Jangan pernah menunda2 menyelesaikan permasalahan yang sedang di hadapi. Dengan begitu beban akan terasa lebih ringan
4.belajar berorganisasi dan berbagi.
Berkumpul, berdiskusi dan berbagi dalam segala hal dengan orang lain.

IV. Belajar santai menghadapi masalah dalam beraktivitas
fakta membuktikan kerja otak tidak akan membuata kita lelah, jika kita merasa lelah berusahalah untuk memejamkan mata untuk dapat rileks sebentar.

Tip rileks
1.baca buku refensi terbaik untuk relaksasi
2.cari cara rileks dengan eksotis
3.beraktivitas dengan posisi nyaman
perhatikan posisi duduk kita dalam beraktivitasa, sehingga mengurangi ketegangan otot punggung dan pinggang kita
4.periksa diri sendiri sehari “ apakah aku sudah bekerja lebih keras dari yang seharusnya aku lakukan
5.seusai mengerjakan aktifivas sore hari, uji diri “ seberapa lelahkan aku “ kesempurnaan bukan dilihat dari kelelahan yang di rasakan melainkan dari kesegaran tubuh yang dirasakan.

V. Tetap semangat dalam beraktivitas
Bosan adalah salah satu pemicu utama kelelahan,
orang orang beruntung adalah mereka yang melakukan aktivitas kesenangannya. Mereka bisa beruntung karena penuh energi dan kebahagiaan yang lebih besar.
Mereka tidak terlalu cemas dan lelah. Energi akan tersimpan di suatu tempat yang kamu senangi, “ berjalan dengan pasangabn yang cerewet mungkin lebih melelahkan daripada berjalan 10 km dengan pasangan yang menyenangkan.

VI. Beryukur jangan hitung kesulitanmu
dalam kehidupan masih banyak yang lebih tidka beruntung hidupnya dari pada kita.
Sebuah pertanyaan yang patus kita jawab “ mengapa aku tidak percaya pada diri sendiri, apa yang pantas aku cemaskan ?
Kira kita 90 % dari segala sesuatu dalam hidup kita adalah benar dan 10 % adalah salah.
Jika kita ingin bahagia yang bisa kita lakukan adalah konsentrasi dan memusatkan pikiran pada 90n % yang benar dan tidak menghiraukan 10 % yang salah, dan begitu sebaliknya.

VII. Berfikir dan berterima kasih
berfikir positif dan selalu berterima kasih untuk segala hal yang kita lalui

Saturday, 28 April 2012

Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik

Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

Sekian,terima kasih.

Sunday, 8 April 2012

MASAK SENDIRI
Elakkan makan di luar. Cuba masak sekerap yang mungkin kerana masakan yang dimasak di rumah lebih terjamin kebersihannya dan confirm HALAL. Betul kan?

BELI BELAH SECARA BIJAKSANA
Membeli belah secara online (e-shopping) adalah cara mudah dan dapat menjimatkan wang kerana tiada kos pengangkutan. Anda telah dapat menjimatkan wang anda untuk petrol. Tapi awas, jangan terlalu banyak pulak barang yang dipilih itu, sebab nanti dikira membazir pulak...^_^

JANGAN BERHABIS UNTUK MEMBELI DVD/VCD/MP3/CD/PLAY STATION
Bagi yang amat gemar kepada muzik, game dan seumpamanya, anda perlu cuba menahan diri anda sendiri daripada terlalu kerap membelinya kerana ia hanyalah suatu KEHENDAK dan bukan lah suatu KEPERLUAN. Ingat tu...*_^

JUAL BARANG-BARANG TERPAKAI
Kalau anda ada barang-barang terpakai yang masih elok dan boleh digunakan, tidak salahnya kalau anda menjualnya secara online di mana anda boleh menjana pendapatan sampingan.

BAWA BEKAL KE PEJABAT
Yang ni memang aktiviti Fida selepas kahwin...^_^ Memang tidak dinafikan ramai yang malu nak bawa bekal ke pejabat, ataupu malas nak bangun pagi-pagi semata-mata nak sediakan makanan. Kita sewajarnya sedar bahawa sifat malas dan malu tidak bertempat bukanlah sesuatu yang baik. Ia adalah perkara yang amat berfaedah sekaligus dapat menjimatkan belanja anda seharian...^_^

BERKONGSI KERETA
Kerajaan telah lama menyarankan agar kita berkongsi kereta di mana ia dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan pemanasan global. Bagaimanapun tidak ramai yang mengamalkannya kerana cara ini ada pro dan kontranya. Anda lebih mengetahui situasi anda, jadi fikirlah dengan bijak...^_^

BERSENAM DI RUMAH
Melakukan aktiviti senaman di rumah bukan sahaja menjimatkan wang malah ia juga dapat menjadikan badan anda lebih segar, sihat dan cantik.

JANGAN BERHABIS UNTUK TATARIAS/UBAHSUAI KERETA
Ada dikalangan kita yang sanggup berhabisan wang semata-mata nak menampakkan gahnya kereta mereka. Tetapi mereka tidak sedar bahawa wang telah dibelanjakan itu sebenarnya boleh dijadikan simpanan masa depan.

GUNAKAN TALIAN PRABAYAR (PREPAID), ELAKKAN PASCABAYAR (POSTPAID)
Penggunaan talian prabayar dengan sendirinya dapat mengawal penggunaan telefon secara melampau terutamanya di kalangan mereka yang sering terleka "bergayut" di telefon. Sekiranya menggunakan talian pascabayar anda mungkin akan terus berbual berjam-jam lamanya tanpa menyedari masa berlalu. Akhirnya anda terpaksa membayar bil yang melambung tinggi. Jadi beringatlah.
 
 
 

Monday, 26 March 2012

kesan buruk kad kredit


1. Penipuan

  • urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
  • maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
  • kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
  • pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan
2. beban hutang

  • boros - bebas berbelanja tanpa had
  • boleh digunakan pada bila-bila masa - tidak dapat mengawal nafsu untuk membeli
  • terpengaruh membeli barang yang tidak perlu
  • perbelanjaan idak dikawal - belanja lebih daripada pendapatan
  • banyak hutang kerana tidak mampu membayar penuh - dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
  • boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita
3. kemelesetan ekonomi

  • tabiat berbelanja yangtidak terkawal - menyebabkan inflasi
  • harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran
  • berlaku inflasi dalam negara - ekonomi akan melesit
4. kekangan penggunaannya

  • tidak semua premis perniagaan menerima kaedah pembayaran menggunakan kad kredit
  • terdesak sekiranya menghadapi situasi kecemasan

Saturday, 24 March 2012

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.
Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang.

Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda.

Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda.

Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.

Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.

Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.