Tuesday, 20 March 2012
Program 3K
Program 3K yang masuk ke tahun kedua tahun ini dilancarkan pada Jun 2008 untuk tempoh empat tahun sehingga 2012.
Dengan tema "Perubahan Bermula Dengan Saya", Fomca sebagai peneraju kempen, mendapat kerjasama daripada empat rakan utama iaitu Petronas, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Menurut Muhammad Sha'ani, 3K juga dirancang untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengguna untuk bersedia menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Antaranya kerana faktor kegawatan ekonomi, kesan globalisasi, peningkatan harga bahan makanan yang tinggi serta peningkatan kadar jenayah yang mempengaruhi kualiti kehidupan pengguna.
"Kita mahu pengguna menjadi lebih kritis dalam pasaran. Kita juga mahu masyarakat pengguna Malaysia sedar dengan perilaku sendiri dan bersikap lebih prihatin terhadap perancangan, menjauhkan pembaziran dan mengamalkan penggunaan lestari," jelas Muhammad Sha'ani.
Mengulas lebih lanjut mengenai 3K, beliau memberitahu bahawa apa yang dilakukan setakat ini lebih kepada penyampaian maklumat kepenggunaan terhadap pengguna termasuk keadaan ekonomi dunia dan fenomena globalisasi.
Pengguna, katanya, perlu diberi kefahaman bahawa dalam pasaran bebas, kerajaan tidak boleh mengawal semua harga barangan kecuali beberapa barang keperluan asas harian.
"Ini akan mengurangkan kecenderungan pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang yang dikawal harga kerana pulangannya mungkin tidak menarik.
"Keadaan itu juga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan tempatan dan mengakibatkan keperluan import dengan harga yang lebih tinggi dan menjejaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini,"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment