Thursday, 22 March 2012

Tips Jimat Wang Hujung Bulan


1. Bila membeli-belah senaraikan dulu apa yang mahu dibeli, bezakan keperluan dan kehendak.
2. Cuba bawa bekalan makan sendiri ke tempat kerja, lebih menjimatkan dan lebih sihat.
3. Sebelum pergi membeli-belah makan dahulu supaya bila membeli-belah nanti tidaklah terlebih membeli makanan yang mahal.
4. Berkongsi majalah dan bahan terbitan dengan rakan-rakan.
5. Jangan terus membeli buku yang dihajati, pinjam dari perpustakaan, kawan atau sewa sahaja buku tersebut.
6. Semasa menggunakan telefon bimbit pantau masa bercakap, kalu boleh beri keutamaan kepada penggunaan system pesanan ringkas.
7. Amalkan beli bila ada tunai, senyap bila tiada tunai. Ini akan mengelakkan daripada belian secara berhutang yang akan menyebabkan sindrom ` duit tak pernah cukup ‘.
8. Pilih langganan majalah atau perkhidmatan yang benar-benar diperlukan, mungkin kamu tidak memerlukan langganan ASTRO yang komprehensif atau tiga majalah luar negeri.
9. Sentiasa semak semua bil sebelum membayar kerana mungkin ada kesilapan atau pihak lain yang mengenakan cas tanpa tidak disedari.
10. Menanam sifat sentiasa peka terhadap aliran wang keluar dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian.

Tuesday, 20 March 2012

Program 3K


Program 3K yang masuk ke tahun kedua tahun ini dilancarkan pada Jun 2008 untuk tempoh empat tahun sehingga 2012.

Dengan tema "Perubahan Bermula Dengan Saya", Fomca sebagai peneraju kempen, mendapat kerjasama daripada empat rakan utama iaitu Petronas, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).


Menurut Muhammad Sha'ani, 3K juga dirancang untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengguna untuk bersedia menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.

Antaranya kerana faktor kegawatan ekonomi, kesan globalisasi, peningkatan harga bahan makanan yang tinggi serta peningkatan kadar jenayah yang mempengaruhi kualiti kehidupan pengguna.

"Kita mahu pengguna menjadi lebih kritis dalam pasaran. Kita juga mahu masyarakat pengguna Malaysia sedar dengan perilaku sendiri dan bersikap lebih prihatin terhadap perancangan, menjauhkan pembaziran dan mengamalkan penggunaan lestari," jelas Muhammad Sha'ani.

Mengulas lebih lanjut mengenai 3K, beliau memberitahu bahawa apa yang dilakukan setakat ini lebih kepada penyampaian maklumat kepenggunaan terhadap pengguna termasuk keadaan ekonomi dunia dan fenomena globalisasi.

Pengguna, katanya, perlu diberi kefahaman bahawa dalam pasaran bebas, kerajaan tidak boleh mengawal semua harga barangan kecuali beberapa barang keperluan asas harian.

"Ini akan mengurangkan kecenderungan pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang yang dikawal harga kerana pulangannya mungkin tidak menarik.

"Keadaan itu juga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan tempatan dan mengakibatkan keperluan import dengan harga yang lebih tinggi dan menjejaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini,"

Monday, 19 March 2012

Perbezaan Lelaki Dan Wanita Semasa Membeli-belah


Perempuan suka sangat membeli belah berbanding dengan lelaki. Kalau diikutkan dengan nisbah yang boleh dicatatkan ialah 100 : 1. Tah kenapa perempuan suka sangat membeli belah walaupun barang yang dibeli tidak perlu dalam kehidupan seharian.

Kalau membeli belah, perempuan suka ajak teman untuk membeli belah agar tidak rasa bosan. Kalau yang sudah kahwin pastinya suami yang diajak sebab sebab suami akan bayar semuanya nanti. Yang sedang bercinta tu, mesti ajak teman lelaki sebab boleh tolong bawakan apa yang dibeli nanti.

Tapi masa kaum hawa sedang sibuk membeli belah, korang semua perasan atau tidak dimana pasangan mereka berada? Man sebagai lelaki tahu akan tempat sepatutnya Man akan berada kalau perempuan sedang membeli belah. Cuba tengok gambar dibawah ni.